Istilah asertif dan ahli psikologi islam.

20080526 | | |

Istilah asertif adalah satu istilah yang dipakai dalam ilmu kaunseling dalam membentuk tingkah laku sesaorang. Bertujuan memberi faham suatu tingkah laku yang boleh kita berkembang dan untuk menjadi diri kita sendiri. Supaya kita tidak menguasai hak orang lain dan orang lain tidak menguasai diri kita. Sebaliknya sama-sama menghormati hak antara satu sama lain. Istilah asertif yang dipakai ini adalah diambil dari perkataan Inggeris dan merupakan antara sifat-sifat dan tingkahlaku yang baik dan bertujuan membentuk tingkah laku yang diterima, maka tingkahlaku baik itu adalah yang disuruh oleh agama atau budaya setempat dimana saja.

Ahli psikologi Islam yang antaranya Malik Badri lebih menekankan bahawa perubahan tingkahlaku manusia ada hubungannya dengan kepercayaan mereka yang berasas ajaran agama dan akal fikiran. Maka menurutnya, bahawa keimanan sesaorang itu dapat membantu merawat diri mereka yang menghadapi gangguan emosi ataupun kecelaruan tingkahlaku.Contoh yang diberikan bagaimana seorang pesakit jiwanya telah dapat berubah hidup setelah mendapat keyakinan bahawa dosa-dosanya yang lalu tetap diampun Tuhan setelah bertaubat dengan bersungguh-sungguh. Dari sudut ilmu jiwa, masalah jiwa yang dialami oleh manusia antara puncanya ialah daripada dosa. Dosa-dosa yang dilakukan boleh menyebabkan hati manusia itu bercelaru. Maka bagi mengembalikan kejernihan hati hendaklah bertaubat yang bererti berhenti dari melakukan dosa seterusnya, menyesali apa yang telah dilakukan dan berazam tidak mahu dilakukan lagi. Ransangan dosa dan pahala pula dapat membentuk tingkahlaku manusia, untuk melakukan sesuatu tingkah laku, menentukan mana-mana tingkahlaku baik untuk dilakukan dan mana-mana pula tingkahlaku buruk untuk ditinggalkan. Dari sini dapat membantu sesaorang untuk bertindak asertif terhadap dirinya dan terhadap orang lain. Apatah sifat berputus asa adalah suatu kesalahan yang berat dalam agama dan ditegah sekali-kali. Apatah lagi rahmat Allah itu tersangat luas.Keyakinan diri keatas apa-apa kekurangan yang ada pada dirinya akan diurus dengan adil oleh Allah, sebarang kesilapan dosa boleh diampunkan walau sebanyak buih dilaut sekali pun. Tingkahlaku yang baik dilakukan mendapat ganjaran pahala dan tingkah laku buruk yang dilakukan mendapat ganjaran dosa. Keyakinan diatas dapat membentuk sesaorang itu kepada tingkahlaku asertif. Implikasi kepada tingkahlaku yang disuruh oleh agama itu telah dijelaskan dengan terang samada untuk jangka masa yang pendek atau pun jangka masa yang panjang. Kekuatan ilmu dan keyakinan kepada Allah dapat merawat rasa takut dan bimbang yang dihadapi oleh manusia.Punca rasa takut dan bimbang adalah orang yang sering lupa kepada Allah seperti firmanNya “dan sesiapa yang berpaling, ingkar dari ingatan dan ingkar dari petunjuk Ku, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit…..” 20:124. Sesaorang yang mempunyai ilmu dan kuat keyakinan kepada ganjaran daripada Allah akan melahirkan sifat-sifat ridha, sabar, syukur , tawakkal dan lain-lain sifat yang dapat merawat segala penyakit jiwa seperti penyakit takut, bimbang, marah, geram, sakit hati dan sebagainya. Lagi firman Allah yang bermaksud “ Hanya dengan mengingati Allah maka mendapat ketenanganlah dihati”.