Teori Asertif dan penemuan
20080526 | | |Penemuan yang diambil oleh mereka dari eksperimen dan ujian klinikal ialah mengenai wujudnya perasaan takut yang muncul dalam diri manusia. Kemudian perasaan takut itu telah mempengaruhi manusia bagi menyesuaikan diri dengan sesuatu suasana. Perasaan takut itu telah mempengaruhi kita untuk tidak menyatakan apa yang menjadi hak kita. Begitulah perasaan takut telah membuat kita menjadi tidak asertif adalah kerana untuk menyesuaikan diri dengan keadaan yang wujud itu. Begitu perasaan takut atau bimbang kita itu akan mendorong kita bertingkah laku agresif dengan tujuan melukai orang lain ataupun bagi menyelamat diri daripada perkara yang dibimbangkan itu..
Dari formula yang didapati melalui ujian klinikal dan pemerhatian dari rasa takut ataupun “nervous system” itu, maka menunjukkan bahawa manusia mempunyai dua aspek. Aspek pertama ialah mengenai penyesuaian manusia kepada keadaan takut. Pengalaman yang dilalui oleh sesaorang individu akan melahirkan keadaan takut. Keadaan takut ini atau disebut oleh ahli psikologi sebagai “temperament” akan mempengaruhi personaliti sesaorang. Ianya merupakan suatu tekanan yang sensitif kepada satu-satu ransangan dan mudah melahirkan sesuatu mood seperti “rasa tertekan” dan “ rasa marah ”. Untuk menyesuaikan keadaan ini akan membuatkan sesaorang itu bertindak lebih cepat dan pantas. Sebagai contoh seorang ibu yang keletihan kerana melakukan banyak kerja rumah seperti membasuh pakaian , membersih rumah, membasuh pinggan mangkuk kemudian memasak didapur. Kemudian apabila semua kerja sudah selesai, maka terdapat anaknya yang tidak cermat ketika makan dimana anak tadi dengan gopoh menyebabkan masakan ibu itu habis tumpah kelantai. Begitu juga apa yang berlaku dipejabat antara kakitangan dengan kakitangan ataupun antara ketua dengan kakitangan begitu disekolah antara guru sama guru ataupun antara murid dengan guru.Beberapa kejadian dan masalah hubungan melahirkan rasa marah ataupun tertekan sehingga melahirkan masalah hubungan. Keadaan ini tidaklah bermakna manusia tidak boleh berubah atau menukar corak tingkah laku mereka kepada tingkah laku asertif. Aspek kedua ialah manusia tidak dapat lari dari hidup bersama dengan keadaan sekeliling dan akan bertindak balas terhadap sesuatu perubahan sekeliling. Ini bermakna apabila suasana berubah , manusia akan berusaha untuk berubah. Contohnya apabila anak-anak tidak mendengar kata maka ibubapa akan berubah menjadi samada agresif atau pun pasif. Begitu juga apa yang berlaku ditempat lain, seorang kakitangan pejabat akan menunjuk reaksi marah apabila maruahnya diganggu Perubahan ini yang dikatakan perubahan mengikut keadaan atau dipanggil sebagai “ condition reflex”.
Bagaimana keadaan yang mengikut perubahan keadaan sekeliling itu berlaku? Ahli bidang klinikal psikologi dalam mencari formula rawatan keatas orang-orang yang tidak dapat mengawal perasaan takut (nervous disorder) , menggunakan konsep “excitatory” dan “inhibitory”. Kedua-duanya adalah proses didalam fikiran, dimana individu aktif dalam menyediakan suatu kaedah keatas sesuatu tindak balas baru. Orang yang dikawal oleh keupayaan excitatory adalah orang yang berpersonaliti asertif, akan mempunyai tingkah laku yang aktif dan tersusun , tidak mudah dikawal oleh emosi, dan berupaya membentuk corak kehidupan yang teratur. Bagi individu yang dikawal oleh tekanan inhibitory adalah orang yang berpersonaliti tersekat laku atau pasif. Mereka ini lebih dipengaruhi perasaan, mempunyai tahap keupayaan diri yang rendah dan mereka melakukan perkara-perkara yang mereka sendiri tidak suka. Dari sini maka setiap individu perlu membina kekuatan keatas proses excitatory yang akan melahirkan satu kaedah timbangtara dimana nanti ia berupaya mempengaruhi fungsi otak.
Dari sudut psikiatrik, tingkah laku asertif didefinisikan sebagai “menyatakan atau mengeluarkan sebarang perasaan dengan cara yang berpatutan kepada sesaorang yang lain”. Dengan bertingkah laku asertif anda didapati mampu untuk menegur secara sopan bila mendapat layanan yang tidak memuaskan direstoran, melarikan diri secara tertib dari satu-satu majlis sosial yang tidak sesuai dengan anda, memberi tahu secara baik kepada anak anda diatas tingkah laku yang anda tidak bersetuju, menyatakan penolakan secara jujur dan ikhlas terhadap sesuatu permintaan diluar keupayaan anda atau pun menyatakan secara jelas dan berpatutan terhadap sesuatu pendapat, penghargaan dan sebagainya. Tingkah laku asertif adalah bebas dari emosi dan berpegang kepada kebenaran dan hak anda. Ia meliputi mengetahui hak anda, melakukan sesuatu mengenainya dan melakukan suatu perkara itu dalam lingkungan hak anda. Individu yang tidak berpegang kepada kebenaran dan bukan kepada haknya, akan mempunyai kurang kebebasan, rasa tidak selesa dan sering rasa takut.