Jalan mudah melepaskan diri

20080607 | | |


Apabila kita menghadapi kebimbangan maka selalunya kita mempunyai helah bela diri bagi mengatasi kebimbangan yang kita hadapi. Berbagai helah bela diri yang dipakai oleh individu termasuk kita sendiri. Apabila anda menghadapi kebimbangan , apakah helah bela diri yang pakai? Ada helah bela diri yang dipakai membawa sesaorang tidak asertif dan menyebabkan kita menjadi kaku dan tidak berkembang. Oleh yang demikian maka anda perlu mengetahui apakah helah bela diri yang anda pakai sama ada ianya positif atau pun negetif. Antara helah bela diri yang sering dipakai oleh kita adalah;

1. Pindah gantian: Anda cuba melepaskan kerisauan dan kebimbangan anda kepada orang lain seperti terhadap isteri anda. Contohnya anda risau dan bimbang terhadap kemerusutan pelajaran anak anda , maka bagi melepaskan kerisauan itu anda memarahi isteri anda dengan mengatakan isteri anda langsong tidak pedulikan pelajaran anak-anak. Begitulah juga jika anda seorang isteri melepaskan keriasauan anda terhadap suami anda atau pun anak-anak anda.

2. Projeksi: Anda tidak menerima bahawa kegagalan anak-anak anda adalah disebabkan ketidak keperihatianan anda terhadap mereka. Sebaliknya anda menyalahkan anak-anak anda sendiri dengan anda memerahi mereka dengan mengatakan anak-anak anda itu malas, tidak dengar nasihat irang tua dan sebagainya. Helah bela diri ini tidak memberi apa-apa yang positif malah membawa kepada masalah baru.

3. Pembentukan reaksi: Anda memperlihatkan reaksi anda yang bertentangan dengan apa yang anda hadapi. Kebimbangan yang anda hadapi diatas sesuatu tingkah laku anak anda itu anda cuba hilangkan dengan cara yang bertentang. Contohnya anda rasa marah dan bimbang terhadap anak anda yang suka balik jauh malam dengan cara anda menunjukkan anda begitu sayang pada anak anda itu dengan memberi pujian dan memberi hadiah yang istimewa. Helah bela diri yang dipakai ini memperlihat anda seorang tidak asertif.

4. Regresi: Ketika waktu kecil kita mungkin rasa terselamat dari kebimbangan dengan cara menangis. Apabila anda menghadapi kebimbangan kemudian anda merasa selamat apabila anda menangis maka ia adalah satu daripada helah bela diri. Ini bermakna apabila anda rasa risau dan bimbang terhadap tingkah laku anak-anak anda yang tidak sealiran dengan anda maka anda menangis, dan anda dapat melepaskan diri dari kebimbangan itu seketika.

5. Penafian: Salah satu helah bela diri yang tidak asertif adalah helah bela diri yang disebut penafian. Anda menafikan terus kewujudan sesuatu yang membimbangkan anda. Jika anda bimbang dan risau diatas kegagalan anak anda maka anda menafikannya . Anda mengatakan bahawa kegagalan itu tidak wujud.

6. Rasionalisasi: Kebimbangan yang anda hadapi itu , anda cuba mencari jawapan yang boleh anda terima kenapa terjadi begitu. Dengan alasan yang diperolehi itu maka anda berupaya menghilangkan kebimbangan yang dihadapi . Contohnya anda mencari alasan yang sesuai kenapa anak-anak hari tidak mendengar kata ibubapa mereka. Ianya adalah disebabkan pengaruh media, pengaruh TV , pengaruh rakan sebaya yang menyebabkan anak-anak bertingkah laku yang merosakkan. Anda cuba menberi jawapan walau pun kita bertungkus lumus membentuk tingkah laku yang baik untuk anak-anak, tetapi semuanya musnah disebabkan oleh pengaruh-pengaruh yang disebutkan tadi.

Ada banyak lagi helah bela diri yang sering dipakai oleh ibubapa. Yang penting untuk kita ketahui bahawa walau apa pun helah bela diri yang dipakai sama disedari atau pun tidak, isu disini ialah kita perlu melakukan sesuatu untuk membantu anak-anak bertingkah laku baik seperti yang kita harapkan itu. Maka dengan sebab itulah ibubapa harus bersikap asertif.