Buang tabiat lama

20080607 | | |


Kebanyakan dari ibubapa menghadapi masalah asertif terhadap anak sendiri dan lebih terdorong menjadi agresif. Ada kalanya dalam satu situasi yang sama ibubapa boleh menunjukkan reaksi asertif pada anak orang lain tetapi tidak menunjukkan sikap itu terhadap anak sendiri. Ramai ibubapa tidak mampu untuk membantu anak-anak sendiri didalam pelajaran. Ini kerana ibubapa cepat menjadi agresif apabila anak-anak tidak mampu menuruti kehendak ibubapa, umpamanya ibubapa akan memarahi atau pun memukul anaknya apabila anaknya itu masih lagi memjawab dengan jawapan yang salah. Dalam situasi ini maka hubungan mereka terganggu, samada ibubapa menarik diri atau pun anak itu akan menarik diri, jika masih berlaku hubungan antara mereka pun maka situasi harmoni sudah tidak wujud lagi. Dengan itu lebih baik bagi ibubapa menyerahkan kepada orang lain untuk membantu pelajaran anaknya.

Jika anda membeli satu set sofa yang baru. Setelah sofa itu disusun dengan baik maka datang anak jiran anda yang juga kawan baik anda. Kemudian anak jiran anda itu melompat-lompat diatas sofa anda itu , maka apakah reaksi dan kata-kata anda?. Jika anak anda sendiri yang melompat-lompat diatas sofa baru anda itu seperti yang dilakukan oleh anak jiran anda tadi, maka apakah pula reaksi dan kata-kata anda kepada anak anda? Jika anda boleh menunjukkan reaksi asertif pada anak jiran anda, maka anda telah mempunyai keupayaan asertif itu yang boleh ditunjukkan pada anak anda. Anda boleh mengajukan beberapa soalan pada diri anda sendiri iaitu;

kenapakah saya tidak berbincang secara terbuka dan mesra dengan anak remaja saya sedangkan saya berupaya melakukannya ketika berbicara dengan anak remaja lain?.

kenapakah saya tidak memberitahu secara jujur , jelas dan terbuka kepada isteri saya sedangkan saya boleh melakukannya dengan kawan-kawan perempuan saya ditempat kerja?.