Faktor penghalang

20080607 | | |

Anda mungkin tidak menyedari yang anda adalah antara ibubapa yang asertif atau pun agresif. Boleh jadi apa yang anda sedari adalah anda menghadapi masalah percakapan atau perhubungan dengan orang lain samada anak-anak anda atau rakan atau pasangan anda. Anda mungkin sukar untuk berterus terang dengan anak-anak anda atau pun oleh sebab selama ini sudah banyak tindakan anda membawa tentangan atau konflik dengan orang lain atau dengan anak-anak anda, maka anda telah menjadi lemah untuk berhubung atau pun berbicara dengan mereka. Apakah masalah anda?. Dengan mengetahui masalah yang menghalang kita untuk menjadi seorang yang asertif atau ibubapa yang asertif ianya lebih mudah untuk membantu kita memperolehi kemahiran asertif. Berbagai-bagai faktor yang boleh menghalang untuk kita menjadi asertif, apakah faktor-faktor itu? Cuba anda carikan faktor itu melalui soalan-soalan seperti berikut.


1. Adakah anda berkata "ya" pada permintaan anak anda sedangkan anda ingin berkata "tidak".


2. Adakah anda rasa takut untuk menyatakan sesuatu kemahuan anda kepada anak-anak anda disebabkan anda bimbang mereka akan menentang kata-kata anda?

3. Adakah anda rasa telah bosan untuk menyatakan kemahuan anda kepada anak-anak anda kerana sebelum ini kata-kata anda seringkali tidak dipedulikan?

4. Adakah anda mempunyai idea bahawa “saya pantang jika anak saya tidak dengar cakap saya”.

5. Adakah anda mempunyai masalah untuk berterus terang dengan anak anda?

6. Adakah anda mempunyai kupayaan asertif yang tidak tetap, dimana anda boleh berterus terang secara asertif kepada anak orang lain tetapi tidak pada anak sendiri?

7. Adakah anda mempunyai masalah bercakap, lain yang anda cakapkan lain pulak yang anak anda fahamkan?

Jika anda mempunyai jawapan “ya” terhadap soalan-soalan di atas, maka itulah antara faktor yang menyebabkan anda tidak asertif. Pengalaman lalu juga banyak memberi kesan kepada ibubapa untuk tidak asertif. Yang penting apabila faktor penghalang sudah dikenal pasti maka mudah untuk kita mengatasinya. Soalan-soalan diatas adalah sebahagian ukuran untuk membantu kita melihat tahap keupayaan asertif kita. Jawapan yang diperolehi dari soalan-soalan diatas dapat kita cari apakah faktor yang telah menghalang kita untuk jadi asertif diantara faktor-faktor berikut:-

· Kita mempunyai jiwa yang takut (timid soul)

· Kita mempunyai masalah bercakap

· Kita mempunyai keupayaan yang tidak tetap

· Kita mempunyai idea yang salah

· Kita mempunyai masalah asertif pada anak sendiri

· Kita dipengaruhi oleh rasa bimbang