Anda dalam kebimbangan

20080607 | Labels: | |

Adakah anda dalam kebimbangan

Antara faktor yang jelas kelihatan sebagai penghalang kepada kita untuk menjadi asertif adalah perasaan bimbang yang ada pada diri kita. Jika kita mempunyai perasaan bimbang itu, maka perasaan itulah yang mendorong kita tidak asertif. Kenapakah anda masih mengata “ya” terhadap permintaan anak-anak anda, sedangkan anda sebenarnya ingin kata tidak semata-mata nak jaga hati anak-anak anda?. Adakah anda tidak menyatakan kehendak sebenar anda kepada anak-anak anda semata-mata kerana sebelum ini kata-kata anda tidak dipedulikan?. Jika kerana anda bimbang maka anda telah dikongkong oleh satu sistem kepercayaan yang salah. Alasan ini tidak membantu anda untuk jadi asertif. Jika kita takut untuk menyatakan sesuatu yang kita ingin nyatakan semata-mata kita bimbang sekiranya terjadi sesuatu yang kita tidak ingini, maka kita telah mengalami kepercayaan salah iaitu bimbang kepada perkara yang belum lagi pasti . Kita bimbang kepada sesuatu yang belum pasti atau disebut sebagai free floating anxiety. Contohnya kita tidak menyatakan kehendak kita kepada anak-anak kita supaya tidak boleh banyak tengok TV kerana kita bimbang kalau-kalau anak kita akan pergi melihat TV dirumah kawannya. Anda adalah seorang yang asertif apabila anda berupaya menerima sesuatu yang belum pasti atau disebut sebagai acceptance of uncertainty. Keupayaan untuk menerima perkara yang belum pasti adalah suatu yang mesti kerana ia adalah realiti. Perkara yang dihadapan pasti berlaku sama ada ianya adalah seperti yang anda harapkan atau pun sebaliknya. Keupayaan untuk menerima ini, adalah keupayaan kita untuk menerima kada’ dan kadar kerana kita yakin setiap perkara yang telah ditetapkan pasti akan berlaku sama baik atau tidak , ini adalah asas Iman sesaorang dan kita disuruh berusaha tetapi usaha kita itu tidak boleh mengatasi kehendak Yang Maha Kuasa.

Tanda anda berada dalam kebimbangan

1. Anda membenarkan anak anda membawa anda ke situasi yang anda sendiri tidak suka.

2. Anda tidak mampu menyatakan hasrat anda sebenar kepada anak anda , kemudian anda menyesal dan bersedih.

3. Anda merasa sedih mengenangkan hal keadaan anak anda.

4. Anda cepat rasa tersinggung dengan kata-kata dan perbuatan anak anda sehingga menyekat perkembangan anda atau pun anda menarik diri.

5. Anda merasai diri anda sering dipermainkan oleh anak anda

Sifat kebimbangan ini memberi pengaroh kepada setiap orang lebih cendorong kepada kemurungan dan suka pendam rasa. Sifat begini jika keterlaluan boleh membawa kepada mudharat dan tersekat laku. Perubahan tidak berlaku malah jika berterusan boleh membawa sakit jiwa.