Personaliti Asertif

20080607 | | |



Orang yang bersikap asertif mempunyai empat kriteria.

Pertama: Kita bebas menyatakan diri kita, melalui perkataan atau tindakan iaitu seperti "saya rasa, saya fikir atau saya berpendapat."

Kedua: Kita boleh berhubung dengan siapa saja pada setiap peringkat, samada kawan, keluarga, orang asing, orang berpangkat dan sebagainya. Perhubungan itu sentiasa terbuka, jelas, jujur dan berpatutan.

Ketiga: Kita mempunyai haluan yang aktif terhadap hidup kita. Kita tidak menunggu sesuatu berlaku, berubah atau mengharapkan orang lain bertindak untuk kita, sebaliknya kita mencuba, berusaha dan bertindak keatas apa yang kita mahu.

Keempat: Kita bertindak mengikut keupayaan kita, Kita sedar yang kita tidak semestinya sentiasa berjaya serta mendapat apa yang kita mahu. Kita terima had keupayaan kita. Kita sentiasa berusaha melakukan yang lebih baik. Samada berjaya atau tidak, kita tetap mempunyai harga dan penghurmatan diri.