Apakah dia Asertif

20080521 | | |


Asertif adalah dari perkataan Inggeris 'assertive', yang diberi makna dalam kamus English-Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka adalah sebagai "menyatakan, menegaskan atau menuntut". Sementara Webster's Third International Dictionary memberi penerangan "assert" bermakna "to state or affirm positively, assuredly, plainly or strongly."

Dalam perbincang kaunseling kelakuan asertif ialah "kita melahirkan perasaan dan tindakan kita secara jujur, berterus terang dan ikhlas tanpa mencabuli batas-batas hak orang lain. Dengan ertikata , kita menghurmati diri kita dan dalam masa yang sama kita menghurmati diri orang lain. Kita bertindak dalam sempadan hak kepunyaan kita, kita mengawal diri kita dan tidak membenarkan orang lain mengawal diri kita. Kita tidak campur tangan dalam sempadan hak orang lain.

Ini bermakna, berkelakuan asertif adalah kita yang mengawal hidup diri kita sendiri serta tidak pula mengawal hak mutlak orang lain.


Dalam hidup bermasyarakat masalah perhubungan dan konflik tidak dapat dielakkan . Dalam rumahtangga, tempat kerja, dipejabat , disekolah malah ditempat ibadat pun masih wujud masalah perhubungan. Kepelbagaian kelakuan dan perbezaan kelakuan ini tidak seharusnya mempengaruhi kita mengikut jejak orang lain terutama kelakuan pasif dan agresif.

Gangguan emosi boleh wujud dengan segera disebabkan daripada masalah perhubungan. Perhubungan suami isteri boleh bertukar kepada perselisihan, perhubungan persahabatan boleh bertukar kepada permusuhan begitu juga perhubungan ibubapa dengan anak remaja ataupun anak menantu.

Mudah-mudahan dengan bersikap asertif, memperkatakan sesuatu secara berpatutan, bertindak secara menghurmati orang lain, dapat mewujudkan perhubungan yang tulin dan harmoni dikalangan sesama kita. Sekurang-kurangnya kita menyedari bahawa kita adalah hamba Allah yang dijadikan untuk mengabdikan diri kepadaNya, dengan menyedari bahawa kita mempunyai beberapa kekurangan dan hidup dimuka bumi ini sebagai "sharing" atau perkongsian sesama kita.

Untuk menjadi asertif , maka perlunya kita mempunyai kemahiran asertif dan pengetahuan mengenai dengannya untuk membantu kita bersikap asertif.

c Apakah dia asertif
c Asertif bukannya agresif
c Personaliti asertif
c Asertif satu kemahiran kaunseling