Asertif satu kemahiran
20080526 | | |Sementara teori kaunseling tingkahlaku pula menekankan keyakinan kepada perubahan kelakuan manusia berdasarkan kepada ransangan ataupun gerakbalas. Ransangan yang positif kepada sesaorang membolehkan orang itu memperolehi kesejahteraan. Umpamanya sesaorang yang diberi pujian , imbuhan , penghargaan dan sebagainya membolehkan mengubah tingkah laku sesaorang kerana rangsangan itu memberi kebahagiaan pada jiwanya berdasar teori Pavlov.
Menjadi diri sendiri
Sekiranya kita menghadapi kesukaran untuk menyatakan kemahuan atau pendapat kita kepada orang lain , jika sekiranya kita merasa sukar untuk menyatakan tidak boleh , sedangkan itulah sebenarnya yang kita mahu katakan dan jika sekiranya kita merasa begitu sukar untuk berbincang dengan hati yang terbuka dengan anak-anak kita, serta putus asa untuk menasihati mereka hanya disebabkan banyak kali mereka tidak mempedulikan kata-kata kita, atau pun sekiranya kita tidak berani untuk menyatakan hak kita kepada orang lain maka kelakuan kita itu menunjukkan bahawa kita adalah seorang yang tidak asertif. Orang yang tidak asertif selalunya takut, bimbang, tidak puas hati, murung dan tidak dapat berkembang maju serta tingkahlakunya tersekat. Jika sekiranya kita tidak mahu terus berkeadaan seperti itu maka mari kita belajar untuk berubah menjadi seorang yang asertif, sebagai seorang ibubapa yang asertif , sebagai seorang staf yang asertif, sebagai seorang suami atau isteri yang asertif , sebagai seorang anak yang asertif, sebagai seorang pelajar yang asertif dan sebagainya.
c Apakah dia asertif
c Asertif bukannya agresif
c Personaliti asertif
c Asertif satu kemahiran kaunseling